1MDB: Mahkamah benar tiga pertuduhan terhadap Najib dipinda

  • Kes
  • November 6, 2023

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dua pertuduhan pengubahan wang haram, satu lagi membabitkan dakwaan menyalahgunakan kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian semasa prosiding kes rasuah dan AMLA berjumlah dana 1MDB, membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Sequerah berkata, mahkamah mendapati hanya angka dan amaun yang hendak dipinda oleh pendakwaan, sementara naratif pendakwaan membabitkan tuduhan dalam kes itu tidak berubah.

Menurutnya, pendakwaan menghujahkan, tiada niat jahat dalam permohonan itu namun dibantah oleh pihak bekas Ahli Parlimen Pekan ini.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan ketiga-tiga tuduhan yang dipinda dibacakan semula kepada Najib.

Pada 24 Oktober lalu, pendakwaan memohon pindaan bagi tuduhan keempat berhubung kes salah guna kedudukan dan tuduhan ke-10 serta ke-21 bagi kesalahan AMLA.

Bagi tuduhan keempat, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dituduh menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan bagi dirinya berjumlah RM44.9 juta dan pendakwaan mahu meminda jumlah berkenaan kepada RM44.6 juta.

Bagi pindaan tuduhan ke-10 serta ke-21 kes AMLA pula, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan hasil aktiviti haram berjumlah RM652.6 juta kepada RM515.7 juta serta RM12.4 juta kepada RM11.4 juta.

Mengikut pertuduhan asal, Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar