Pegawai kanan polis Mohd Nazri didakwa bunuh Zaharif

  • Kes
  • December 18, 2023

IPOH: Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kejadian pelajar Tingkatan 5 yang maut akibat dilanggar dan diseret di Jalan Taman Jati, Meru, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, hari ini atas tuduhan membunuh.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, tiba di mahkamah dengan tangannya digari dari belakang, mengenakan baju T warna putih berseluar hitam memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru, di sini, antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Dan jika dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pertuduhan dikendalikan oleh sepasukan lapan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai oleh Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat; Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; Nasrul Hadi Abdul Ghani; J S Geetha; Low Qin Hui, dan Wan Azimah Yaacob.

Sementara itu, diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong dari TY Teh & Partners.

Mahkamah membenarkan tarikh 7 Februari itu bagi kes disebut semula.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028