FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada pekerja asing

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja asing yang dibuat dalam tiga peringkat pada Mac, Jun dan September 2023.

Dalam kenyataan media hari ini, kumpulan itu berkata ia memperuntukkan sejumlah RM112 juta bagi membayar balik yuran pengambilan yang dibuat oleh semua pekerja asing sedia ada termasuk bekas pekerja asing syarikat perladangan itu.

FGV berkata, peruntukan itu selaras keutamaannya dalam pelaksanaan pelan pemulihan bagi mendukung hak pekerja serta membuat segala penambahbaikan dalam amalan pengurusan pekerja.

Katanya, ia juga adalah perkembangan positif dalam usaha syarikat untuk menangani penggantungan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

“FGV memberi keutamaan dalam pelaksanaan pelan pemulihan bagi mendukung hak buruh dan menangani sebarang jurang dalam amalan buruhnya.

“Komponen utama program pemulihan FGV adalah pembayaran balik yuran pengambilan yang dikenakan ke atas pekerja migrannya oleh agensi pekerjaan pihak ketiga,” katanya.

FGV berkata, ia turut melaksanakan program pembayaran balik kepada bekas pekerja migran FGV yang layak menerima pampasan bagi yuran pengambilan pekerjaan yang dikenakan oleh pihak ketiga.

Dalam proses pengesahan pembayaran balik kepada pekerja migran, FGV berkata, ia melantik syarikat perunding antarabangsa, LRQA (sebelum ini dikenali sebagai ELEVATE), bagi kerja-kerja pengesahan usaha pembayaran balik yang telah dibuat.

“Prosedur pengesahan oleh LRQA yang berjalan antara 30 Oktober dan 24 November 2023 telah menunjukkan bahawa 100 peratus pekerja yang ditemubual telah menerima pembayaran balik dibuat oleh FGV.

“Maklum balas positif dari kerja-kerja pengesahan oleh LRQA jelas mencerminkan komitmen FGV dalam menjaga kebajikan dan hak pekerja,” katanya.

Dengan kerjasama LRQA, katanya, FGV bekerja keras menghubungi semula bekas-bekas pekerja migran FGV untuk memaklumkan mengenai program pembayaran balik.

“Usaha pembayaran balik bekas pekerja migran FGV ini akan dijalankan sehingga penghujung 2024. Sehingga kini, FGV telah membayar pampasan kepada 415 orang bekas pekerja migran dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1.77 juta,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor, berkata syarikat komited kepada prinsip ‘tiada yuran pengambilan dikenakan kepada pekerja FGV’.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan prosedur pengambilan pekerja kami sejajar dengan piawaian pengambilan beretika,” katanya.

Menurut beliau, FGV juga telah memperkukuh prosedur pengambilan pekerja asing dengan melaksanakan langkah tambahan termasuk melibatkan LRQA untuk menjalankan tinjauan dalam kalangan pekerja baharu bagi memastikan sama ada mereka telah membayar sebarang yuran pengambilan.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar