Mohd Irwan Mubarak Pengerusi Bank Rakyat baharu

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pelantikan itu adalah berdasarkan ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sebagai Pemangku Pengerusi sejak 1 November 2022 lalu.

“KUSKOP berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau untuk menggalas amanah serta mendukung misi dan visi Bank Rakyat dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan yang progresif selari dengan hasrat Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Irwan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat serta pengurusan pematuhan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 24 Julai 2020.

Beliau juga menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman, berkata Jawatankuasa Pengurusan dan seluruh warga kerja Bank Rakyat mengalu-alukan pelantikan Mohd Irwan sebagai Pengerusi baharu nank berkenaan.

“Menerusi pengalaman luasnya, beliau dapat memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan Pelan Strategik jangka panjang yang meletakkan Bank Rakyat pada landasan tepat untuk mencapai prestasi mampan di samping menyampaikan pengalaman terbaik pelanggan,” katanya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028