Kes pukul jururawat, polis tahan suspek

  • Kes
  • April 22, 2024

PETALING JAYA: Polis menahan suspek kes seorang jururawat yang dipercayai dipukul dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, 4 petang semalam.

Ketua Polis Kuala Pilah, Suprintendan Amran Mohd Gani, berkata permohonan reman terhadap suspek juga sudah dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pagi tadi.

“Seorang lelaki ditahan di IPD Kuala Pilah, petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes jururawat wanita yang ditarik dari keretanya, sebelum dipukul sehingga separuh sedar malam Jumaat lalu.

“Suspek yang berusia 34 tahun direman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan lanjut masih dijalankan berkenaan pembabitan suspek dalam kes ini,” katanya hari ini, menurut Berita Harian.

Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan soal siasat terhadap suspek termasuk hubungannya dengan wanita itu untuk mengenal pasti motif kejadian.

Dalam kejadian 10 malam Jumaat lalu, mangsa berusia 30-an ditemui tidak sedarkan diri dalam posisi tertiarap dan kasut tertanggal di luar keretanya dengan enjin masih hidup kira-kira 10 malam.

Polis berkata, berdasarkan laporan awal mangsa mengalami luka pada kepala akibat dipukul.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar