Pengeluaran getah asli turun 9.2% pada Mac 2024

KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli menurun 9.2% pada bulan Mac 2024 (26,966 tan metrik) berbanding pada bulan Februari 2024 (29,691 tan metrik).

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 0.8% (Mac 2023: 27,188 tan metrik).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (88.5%) berbanding sektor estet (11.5%).

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.4% diikuti kilang pengguna getah (7.5%) dan estet getah (0.1%).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 58,965 tan metrik pada Mac 2024, meningkat 7.0% berbanding Februari 2024 (55,083 tan metrik).

China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 48.9% daripada jumlah keseluruhan eksport pada Mac 2024 diikuti Jerman (9.3%), Emiriah Arab Bersatu (9.2%), India (6.9%) dan Pakistan (4.5%).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 8.2% (Mac 2024: 740.37 sen sekilogram; Februari 2024: 684.19 sen sekilogram) manakala Sekerap meningkat sebanyak 5.9% (Mac 2024: 640.54 sen sekilogram; Februari 2024: 604.59 sen sekilogram).

Prestasi suku pertama 2024 menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 7.5% kepada 86,944 tan metrik berbanding 93,956 tan metrik pada suku keempat 2023.

Prestasi pertumbuhan tahunan pengeluaran getah asli Malaysia pada suku pertama 2024 pula mencatatkan peningkatan 3.7% berbanding suku pertama 2023 (83,848 tan metrik).

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028