Pelabur tunjuk minat positif terhadap Top Glove, lebih 200 juta saham didagangkan pada Khamis – Maybank IB

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Berhad yang merupakan antara pengeluar sarung tangan terkemuka dunia terus menarik perhatian pelabur di Bursa Malaysia tahun in selepas menjadi antara saham paling aktif didagangkan semalam.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, saham kumpulan itu menjadi yang kedua paling aktif di pasaran dengan jumlah dagangan sebanyak 200.33 juta.

Katanya, saham syarikat itu juga ditutup 7.37% lebih tinggi, menunjukkan terdapat minat belian yang kuat untuk saham tersebut.

“Sentimen positif itu boleh dikaitkan dengan keputusan kewangan kumpulan baru-baru in, yang menyatakan bahawa Top Glove mula menaikkan harga jualan puratanya (ASP).

“Top Glove juga semakin aktif menutup beberapa kilang bagi mengurangkan kapasiti pengeluaran bagi mengimbangi bekalan dalam menghadapi penurunan permintaan untuk sarung tanga di seluruh dunia, katanya.

Terdahulu, kerugian bersih kumpulan itu adalah sebanyak RM164.67 juta pada 2QFY23 berbanding untung bersih RM87.55 juta pada tahun lalu.

Hasil kumpulan itu juga menyusut lebih separuh kepada RM618 juta berbanding RM1.48 bilion sebelum ini.

Keputusan itu menyaksikan kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih untuk enam bulan pertama FY23 sebanyak RM332.9 juta berbanding untung bersih RM273.27 juta pada tahun lalu dan hasil juga merosot 58.2% kepada RM1.25 bilion berbanding RM3.09 bilion.

Firma itu berkata, sehingga kini saham kumpulan itu menunjukkan prestasi yang baik, mencatatkan keuntungan sebanyak 17.2%.

Katanya, keadaan itu menyerlahkan daya tahan keupayaan Top Glove dalam menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah.

  • Coelho

    Related Posts

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028