Datasonic lantik Erna Ismail sebagai Pengarah Eksekutif baharu

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Berhad mengumumkan pelantikan Erna Ismail, 46, sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa 9 Oktober 2024.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, beliau memiliki lebih 21 tahun pengalaman dalam fungsi kewangan IT dan e-Perkhidmatan.

Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kewangan Koperasi Pembinaan Dan Perumahan DPMM Bhd pada 2001.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Pengajian Perbankan dari Universiti Teknologi MARA kemudiannya menyertai Dagang Net Technologies Sdn Bhd pada 2002 sebagai eksekutif akaun dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengawal Kewangan pada 2017.

“Erna telah menyumbang dengan ketara untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, mencapai penjimatan cukai, dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

“Beliau juga telah mengetuai aktiviti merentas fungsi yang tertumpu pada pengurusan kos dan margin,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan, beliau mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan pernyataan misi, visi, nilai dan makna (MVVM), yang mempamerkan kemahiran kepimpinan dan membina consensus.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028