Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi tadi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi untuk seketika pagi tadi sebelum berubah dan bergerak rendah, mengambil petunjuk daripada pengeluaran data Book Beige Rizab Persekutuan yang menunjukkan aktiviti ekonomi mungkin perlahan di tengah-tengah tekanan inflasi, kata seorang penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.10 mata kepada 1,424.97 daripada 1,425.07 daripada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks barometer dibuka pada paras 1,428.64, mengukuh 3.57 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 147 berbalas 107, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,843 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 141.39 juta unit bernilai RM63.58 juta.

Menurut laporan berita antarabangsa, data Beige Book menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pegun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan pengambilan pekerja dan inflasi yang perlahan serta akses kepada kredit yang semakin mengecil.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama Purata Perindustrian Dow Jones merosot sebanyak 80 mata manakala Nasdaq tidak berubah tatkala hasil 10 tahun AS menunjukkan sedikit peningkatan untuk melepasi 3.59 peratus.

Sementara di dalam negara, beliau mengunjurkan keadaan pasaran yang lesu meskipun beberapa kegiatan memburu saham murah dijangka muncul.

“Kami menjangkakan sentimen kekal lembap dengan jangkaan kenaikan 25 mata oleh Rizab Persekutuan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan seterusnya. Sehubungan itu, indeks berkemungkinan berlegar dalam julat 1,420-1,430 hari ini,” tambahnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.69, manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB susut dua sen setiap satu kepada RM3.95, RM7.19 dan RM5.20 manakala CelcomDigi turun tiga sen kepada RM4.40.

Bagi saham aktif, Salutica susut 21.5 sen kepada 94.5 sen, MY E.G turun satu sen kepada 81 sen, manakala Revenue Group menambah 2.5 sen kepada 42.5 sen, Tanco naik setengah sen kepada 47.5 sen dan Zen Tech tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 6.18 mata kepada 10,469.62, Indeks FBMT 100 susut 5.89 mata kepada 10,154.12 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 0.72 mata kepada 10,805.61.

Indeks FBM 70 merosot 29.22 mata kepada 13,661.90 manakala Indeks FBM ACE mengukuh 3.20 mata kepada 5,355.79.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.11 mata kepada 172.26, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.87 mata menjadi 15,687.71 manakala Indeks Perladangan naik 18.21 mata kepada 6,869.93.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026