Bursa Malaysia kekal tidak menentu

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini tetapi merosot kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada masa sama ia menjejaki penurunan di Wall Street semalaman berikutan pelabur menjalankan perdagangan dalam sentimen berhati-hati menjelang laporan inflasi utama pada minggu ini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.39 mata kepada 1,432.24 daripada 1,432.63 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.48 mata kepada 1,433.11.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 169 berbanding 132 manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,728 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 213.94 juta unit bernilai RM88.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah dengan Dow Jones Index merosot 57 mata dan S&P500 berkurangan 19 mata serta Nasdaq susut 77 mata.

Dalam negara, katanya FBM KLCI meminimakan kerugiannya semalam disebabkan aktiviti belian lewat.

“Bagi hari ini, kami menjangka pasaran tempatan akan berdepan cabaran berikutan sentimen serantau yang lemah dan petunjuk negatif daripada Wall Street, sekali gus kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam julat 1,425-1,435.

“Sementara itu, harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melebihi RM3,700 satu tan, justeru, kami menjangka akan menyaksikan minat belian dalam saham perladangan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing tidak berubah pada RM8.75 dan RM4.02, Petronas Chemicals dan CIMB, masing-masing merosot satu sen kepada RM7.19 dan RM5.10 serta Tenaga Nasional berkurangan lima sen kepada RM9.15.

Bagi saham aktif, Jade Marvel meningkat dua sen kepada 29.5 sen, Velesto menambah satu sen kepada 24 sen dan Salutica naik lima sen kepada 98.5 sen manakala Top Glove dan Careplus, masing-masing merosot satu sen kepada RM1.08 dan 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 6.07 mata kepada 10,473.16, Indeks FBMT 100 merosot 5.99 mata kepada 10,171.39 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 9.15 mata kepada 10,792.21.

Indeks FBM ACE berkurangan 19.69 mata kepada 5,034.91 dan Indeks FBM 70 merosot 21.10 mata kepada 13,542.36.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.34 mata kepada 169.31 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 2.07 mata kepada 15,713.50 manakala Indeks Tenaga naik 6.29 mata kepada 839.26 dan Indeks Perladangan meningkat 22.66 mata kepada 6,832.86.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028