Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit bertambah baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan pagi Selasa di tengah-tengah harapan terhadap persetujuan untuk meningkatkan siling hutang AS.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4910/4935 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4960/4985.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kegagalan mencapai persetujuan mengenai siling hutang AS boleh membawa kepada persekitaran bebas risiko dan ini boleh menjejaskan mata wang lain termasuk ringgit.

Oleh itu, pelabur akan memantau dengan teliti perbincangan pada Selasa mengenai siling hutang AS.

Dilaporkan, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen berkata bahawa pentadbiran dan kongres Republikan sedang membuat kemajuan dalam rundingan mereka mengenai perbelanjaan persekutuan dan menaikkan had hutang.

Yellen bagaimanapun, mengulangi bahawa AS berkemungkinan masih akan mungkir terhadap kewajipan hutangnya seawal 1 Jun jika Kongres AS tidak bertindak.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata beberapa data China akan diumumkan hari ini termasuk Pelaburan Aset Tetap (FAI),Jualan Runcit dan Pengeluaran Perindustrian untuk bulan April.y

”Mungkin, ini boleh menyokong ringgit hari ini kerana ekonomi China yang semakin baik akan membantu mengekalkan pertumbuhan global, yang boleh memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8867/8894 daripada 4.8863/8890 pada penutup Isnin, lemah berbanding pound Britain pada 5.6268/6299 berbanding 5.6169/6200 dan turun berbanding yen Jepun menjadi 3.3039/3060 daripada 3.3010/3031 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.2/303.6 daripada 303.6/304.0 tetapi lemah berbanding baht Thailand kepada 13.3067/3200 daripada 13.3045/3174 pada penutup Isnin.

Mata wang tempatan turut menyusut nilai kepada 3.3625/3647 berbanding dolar Singapura daripada 3.3592/3616 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 8.02/8.03 daripada 8.02/8.03.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar