Kadar faedah di AS dijangka terus meningkat tahun ini

KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings menjangkakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan terus meningkat tahun ini yang berpotensi memberikan lagi tekanan terhadap pasaran Asia Pasifik (APAC).

Ketua Ahli Ekonomi S&P Global bagi Asia Pasifik, Louis Kuijs, berkata impak kadar faedah tinggi akan lebih dirasai pada separuh kedua tahun ini, yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi di rantau APAC, kecuali China.

“Kelembapan masih pada kadar yang ketara. Kami menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) APAC tidak termasuk China berkembang 3.8 peratus, turun daripada 4.7 peratus pada 2022.

“(Pertumbuhan ekonomi) yang mencatatkan peningkatan adalah Malaysia dan Hong Kong, manakala yang mencatatkan penurunan ialah New Zealand dan Taiwan,” katanya pada sesi webinar bertajuk ‘Global Credit Conditions Third Quarter: A Slow Burn’ (sesi APAC) hari ini.

Terdahulu, S&P mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 3.2 peratus tahun ini.

Kuijs berkata, ekonomi APAC lain dijangka mencatatkan pertumbuhan perlahan berikutan kelembapan global dan kenaikan kadar faedah.

“Namun, daya tahan domestik secara amnya diunjur mengekalkan pertumbuhan yang ketara,” katanya sambil menambah kadar faedah AS dijangka hanya mereda pada tahun depan.

Mengenai perkembangan lain, beliau berkata pemulihan China dijangka berterusan tetapi akan kekal tidak sekata bagi sebahagian besar tahun ini, dengan kelembapan industri.

“Gesaan bagi pakej rangsangan di China semakin meningkat dan kami tidak menjangkakan pakej yang sangat besar tetapi dalam bentuk beberapa langkah yang dilaksanakan pada bulan-bulan akan datang, seperti dalam sektor perumahan dari segi sekatan pembelian rumah dan juga sedikit mengenai dasar monetari.

“Bagaimanapun, berikutan data lemah yang kita lihat dalam tempoh beberapa bulan ini dari segi industri, kami telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2023 kita kepada 5.2 peratus daripada 5.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, dengan inflasi teras berurutan secara amnya berkurangan dan kebanyakannya sederhana di peringkat global, justeru, keperluan untuk menaikkan kadar faedah dasar telah mereda, kecuali beberapa pengecualian.

Bagaimanapun, katanya, penurunan kadar akan menjadi lambat untuk dilaksanakan, sebahagiannya disebabkan oleh kadar AS yang kekal tinggi untuk tempoh yang lama.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028