Bank pusat AS komited naikkan lagi kadar faedah

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.

“Jumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon.

“Kadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88 peratus bagi syer iRCPS dan 6.30 peratus bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia,” kata Khairil Anuar.

Pengeluaran dividen secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023 manakala penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023 di https://dividen.cbp.com.my.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta, didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028