Dolar AS lemah, ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila nilai mata wang negara maju itu menjadi lemah berikutan ulasan yang lebih memihak kepada pertumbuhan ekonomi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS berhubung kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7240/7290 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.7295/7335.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata beberapa pegawai tertinggi Fed agak berwaspada mengenai keputusan kenaikan selanjutnya dalam kadar faedah AS.

Beliau berkata, Naib Pengerusi Fed, Philip Jefferson menyatakan bank pusat itu berada dalam kedudukan untuk meneruskan tetapi lebih berhati-hati kerana kadar faedah jangka panjang telah meningkat secara berlebihan.

Dilaporkan bahawa beberapa pegawai Fed dijangka mahu mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya berikutan lonjakan dalam kadar faedah jangka panjang.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen kepada 3.1814/1852 daripada 3.1716/1745, merosot berbanding euro menjadi 4.9947/5.0000 daripada 4.9811/9853 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7860/7921 daripada 5.7634/7682.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama ASEAN yang lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.4 daripada 301.3/301.7 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32.

Ia bergerak rendah berbanding baht Thai pada 12.7970/8157 daripada 12.7435/7588 pada Isnin dan lemah berbanding dolar Singapura pada 3.4623/4665 daripada 3.4542/4574 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028