Prestasi Wall Street bantu Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Selasa, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.60 mata kepada 1,423.86 berbanding 1,417.26 pada penutupan Isnin.

Indeks utama dibuka pada paras 1,419.33, menambah 2.07 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 189 berbalas 114, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan 309.88 juta unit bernilai RM101.93 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street meningkat pada sesi penutupan selepas permulaan yang lembap apabila peniaga mengetepikan kesan konflik Timur Tengah pada lewat sesi dagangan.

“Namun begitu, harga minyak mentah melonjak dalam tindak balas spontan terhadap konflik, menyaksikan minyak mentah Brent melepasi paras AS$88 setong dan ini mungkin boleh menjejaskan usaha Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk membendung inflasi,” katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, beliau berpendapat dagangan dijangka bergerak lemah berikutan perkembangan di Timur Tengah, justeru, sentimen akan kekal berhati-hati sementara indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,415 hingga 1425 hari ini.

“Sementara itu, kami percaya saham perbankan telah sedia untuk pengumpulan selepas aliran menurun sejak awal September,” katanya.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd percaya pasaran mungkin memberi tumpuan pada ekonomi dan musim pendapatan yang akan bermula minggu ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals meningkat lima sen masing-masing peroleh RM8.85 dan RM7.22, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.06 dan CIMB meraih empat sen kepada RM5.46 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.97.

Bagi saham aktif, Classita dan Advance Synergy, kedua-duanya peroleh satu sen kepada 7.5 sen dan 14.5 sen, KNM Group kerugian dua sen kepada 12.5 sen sementara Tanco serta Kinergy Advancement kekal pada 55.5 sen dan 33.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 43.65 mata kepada 10,552.89, Indeks FBMT 100 meningkat 42.87 mata untuk mencatatkan 10,221.10 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 30.79 mata kepada 10,822.27.

Indeks FBM ACE peroleh 10.26 mata kepada 5,137.77 dan Indeks FBM 70 meraih 39.43 mata kepada 14,069.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 84.53 mata kepada 15,971.37, Indeks Tenaga 3.01 mata lebih baik pada 870.68 dan Indeks Perladangan meningkat 11.54 mata kepada 6,861.39.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.11 mata kepada 171.74. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

MUNICH, 3 Jun — Syarikat tenaga solar yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara, Helios Solar AG, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Frankfurt Stock Exchange dengan jangkaan…

Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa