Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

  • Kes
  • June 6, 2024

KUALA LUMPUR: Polis akan memohon lanjutan reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, tempoh reman tujuh hari pasangan itu tamat esok.

“Esok kita akan pohon untuk menyambung reman,” katanya menurut Harian Metro.

Ditanya sama ada sudah ada pengakuan, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Semalam, peguam pasangan itu, Fahmi Abd Moin memaklumkan beliau tidak dibenarkan menemui anak guamnya yang dalam tahanan reman.

Fahmi dilaporkan berkata, beliau sudah memohon jasa baik polis untuk berbuat demikian namun tidak dibenarkan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 di Damansara Damai, sebelum ditemui meninggal dunia dekat aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada 6 Disember.

Hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa akibat mempertahankan diri.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028