United Asiapac Energy Sasar Raih RM48.73 Juta Menerusi IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian intervensi telaga bagi industri minyak dan gas huluan, United Asiapac Energy Bhd menyasarkan untuk memperoleh hasil kasar RM48.73 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO), bersempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

IPO berkenaan melibatkan penerbitan 139.22 juta saham baharu pada harga 35 sen sesaham.

Berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan kepada 550 juta saham, United Asiapac Energy dijangka mencatatkan permodalan pasaran kira-kira RM192.5 juta selepas disenaraikan.

Pengarah Urusannya, Ahmad Fadzuli Ali berkata, syarikat menyediakan rangkaian penyelesaian intervensi telaga merangkumi perkhidmatan pemulihan peralatan terperangkap atau fishing, penutupan dan peninggalan telaga (plug and abandonment atau P&A), penggerudian sisihan (sidetracking) serta penyelesaian khusus lain.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada syarikat minyak dan gas tempatan serta antarabangsa.

Menurutnya, antara kelebihan utama United Asiapac Energy ialah pemilikan sendiri peralatan dan kemudahan operasinya yang terletak secara strategik di Kemaman, Terengganu dan Labuan.

Kedudukan itu membolehkan syarikat menggerakkan peralatan dan tenaga kerja dengan lebih pantas bagi pelaksanaan projek di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Sejak 2021, kami berjaya menyiapkan lebih 200 projek hasil hubungan jangka panjang yang dibina bersama syarikat minyak dan gas nasional serta antarabangsa.

“Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 2026, kami mencatatkan keuntungan kasar tertinggi sebanyak RM21.9 juta, melebihi keuntungan kasar RM14.5 juta bagi keseluruhan tahun kewangan 2025, iaitu peningkatan lebih 50 peratus,” katanya ketika pelancaran prospektus IPO syarikat.

Hampir separuh dana untuk pembelian peralatan

Daripada keseluruhan hasil IPO itu, sebanyak RM23.3 juta atau 47.74 peratus akan digunakan untuk membeli peralatan dan kelengkapan intervensi telaga.

Sebanyak RM5.5 juta atau 11.29 peratus pula diperuntukkan bagi pembelian pejabat korporat baharu, manakala RM5.3 juta atau 10.83 peratus akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat.

United Asiapac Energy turut memperuntukkan RM2.8 juta atau 5.83 peratus bagi membayar balik pinjaman bank.

Selain itu, RM2.4 juta atau 4.93 peratus akan digunakan untuk mengambil jurutera tambahan bagi menyokong pengenalan penyelesaian intervensi telaga baharu. Baki dana akan digunakan sebagai modal kerja dan bagi membiayai perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Ketua Pegawai Korporat United Asiapac Energy, Ng Her Yinn berkata, pembelian peralatan baharu dijangka meningkatkan kapasiti operasi syarikat antara 20 hingga 30 peratus.

Menurutnya, peralatan itu akan digunakan untuk menyokong kempen dan projek yang telah diperoleh melalui pesanan pembelian atau PO.

“Berdasarkan pengalaman kami, pembelian peralatan baharu dijangka meningkatkan kapasiti operasi sekitar 20 hingga 30 peratus. Bagaimanapun, kadar sebenar bergantung kepada jumlah dan keperluan projek yang diterima,” katanya.

Pesanan pembelian RM61.1 juta

Setakat 30 Jun 2026, United Asiapac Energy memperoleh pesanan pembelian bernilai RM61.1 juta.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM27.3 juta masih belum diiktiraf sebagai hasil bagi perkhidmatan yang akan dilaksanakan sehingga Februari 2027.

Baki pesanan pembelian berkenaan dijangka menyokong momentum pendapatan syarikat dalam tempoh terdekat.

Mengulas peningkatan margin keuntungan, Her Yinn berkata, prestasi itu didorong perubahan strategi operasi apabila syarikat mula memiliki sendiri lebih banyak peralatan berbanding bergantung kepada penyewaan daripada pihak ketiga.

Langkah tersebut bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada penyedia luar, malah membantu syarikat meningkatkan margin keuntungan kasar. Pengurusan menjangkakan prestasi berkenaan dapat dikekalkan menerusi penambahan kapasiti operasi selepas IPO.

Permohonan IPO United Asiapac Energy dibuka sehingga 5 Ogos 2026, jam 5 petang.

TA Securities Holdings Bhd bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi pelaksanaan IPO berkenaan.

  • Goncalves

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028